Sambutan Maulidurasul

March 21, 2009

Sambutan maulidurasul (SAW) 1430 bertempat di Masjid Jamek Kg Seri Mendapat, Batu Pahat, Johor. Penceramah yang hadir adalah Ustaz Tuan Hj Abu Bakar Bin Selamat dari Yayasan Warisan Johor. Turut hadir ialah Datuk Samsol Bari Jamali (ADUN Semarang), penghulu mukim 7 Yang Berbahagia Selamat Bin Hj. Mohamad serta ketua kampung, Yang Berbahagia Sa’adon Bin Ibrahim. Majlis dimulakan dgn doa dan bacaan ayat suci al-Quran dari 2 pelajar lelaki Sekolah Keb Seri Mendapat manakala persembahan nasyid dari pelajar perempuan sekolah yg sama. Kemuncak acara adalah ceramah dari Ustaz Tuan Hj Abu Bakar iaitu Pegawai Pengembangan Kesenian Islam dari Yayasan Warisan Johor.

40

Ust Tn Hj Abu Bakar, Penceramah yg hadir

111
Tetamu yg hadir.

8

Persembahan nasyid.

12

525529

Pak Ajis menceritakan pengalamannya memukul ‘dauh’.3

Ahli rewang yang rajin2 belaka :D

Sempat juga saya menyibuk dlm majlis ni. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Dari petang sehari sebelum majlis berlangsung, penduduk kampung telah bergotong-royong menyembelih seekor lembu dan menyiapkan persiapan lain. Pada awal pagi lagi qariah masjid bekerjasama memasak untuk jamuan para tetamu yg hadir. Majlis selesai dgn jayanya. Alhamdullillah.

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Ayie: Samsul Bari pon datang eh. Bernasyid budak2 tu eh. Harini kampung aku da buat jgk ni.

Azam: haah, Samsul pun ada. Xtau pulak aku mereka nak dtg :) Harini shoot kampung kau pulak la.