Kelas Fotografi Kebajikan Untuk Tabung Gaza
January 28, 2009Alhamdullillah selesai sudah kelas kebajikan utk tabung Gaza. Tujuan kelas ini diadakan adalah utk kami semua lebih memahami teknik fotografi sambil menderma utk tabung Gaza. Seramai 13 orang fotografer (tidak termasuk tuan rumah & tamu yg lain) telah datang ke sesi pembelajaran sambil menderma yg telah di anjurkan oleh Ayerhitam.com. Bermula jam 3ptg di Kampung Parit Kassan, Ayer Hitam di susuli ke Sawah Sagil, Ayer Hitam, berehat di sebentar di R&R Parit Khamid dan pergi ke Kluang selepas jam 9 mlm. Kali ini saudara Shazli menjadi tutor kami dlm kelas asas fotografi membincangkan beberapa teknik mengambil gambar, antaranya gambar potret dan teknik menggunakan studio ligthting. Semua perkakasan di bawa oleh saudara Shazli sendiri dari Klang, Selangor. Banyak tip berguna didedahkan kpd kami sepanjang kelas ini. Kehadiran krew andaman, Abdullah dari Waris Berandam & seorang model memantapkan lagi sesi pembelajaran kami. Sehingga jam 12mlm sebanyak RM220 telah berjaya dikumpulkan. Terima kasih kpd semua yg sudi hadir dan menderma. Jasa kalian tetap kami hargai.
Teknik mengambil gambar menggunakan pencahayaan studio
Mira sebagai model dr Waris Berandam
Pembelajaran di sawah
Saudara Shazli sedang merakam gambar sambil memberi tip kpd kami.
Hasil kutipan tabung






Yana Harmila /bRaT: best ah azam gambar ko..hehe
Azam: gmbar ko pun apa kurangnya yana, makin hari makin penuh hard disk, heehee
wakpan: aku rasa tak rugi aku mc aritu..byk bende baru dapat..