Dua pasang pengantin satu majlis
April 14, 2009
Jam 11pagi kami (Saya, Ayie, Faiz & Wakpan) bertolak dari Ayer Hitam dan sampai lbh kurang jam 12.15 tengahari. Alhamdullillah cuaca sangat baik ketika kami sampai ke rumah pengantin di sambut pula dengan senyuman dari tuan rumah yang sentiasa sibuk melayan tetamu.
Sementara menunggu waktu bersanding kami membahagikan tugas, saya dan Wakpan mengambil gambar dekorasi luar dan suasana majlis manakala Faiz dan Ayie mengambil gambar pengantin sedang bersolek di bilik pengantin. Selesai sesi pertama, kami menjamu selera dengan masakkan hasil dari gotong royong masyarakat Felda Linggiu yang rajin-rajin belaka.



Oleh sebab 2 pasang pengantin, perarakkan dilalukan dua kali juga. Dimulakan dgn Halmi kemudian barulah pasangan Naizi dan Ana. Walaupun hujan gerimis ketika berarak tp tidak menganggu majlis persandingan. Setelah berbincang dgn pengantin kami memilih Bandar Tengara sbg lokasi outdoor kali ini. Untuk sesi outdoor kami di temani saudara Hud iaitu sepupu kepada pengantin untuk menjayakan lagi penggambaran yg disaksikan penduduk dr taman perumahan berdekatan. Rasanya satu lorong tmn perumahan tu jd penonton yg melihat aksi kami menangkap gambar. Jam 9mlm barulah saya tiba di rumah. Badan agak letih, internet pula buat hal, maka terlewatlah blog ni di kemaskini.
Naizi dan Ana bersama pengapit mereka.

Terima kasih kepada semua yg berkerjasama dan kpd pengantin, selamat menjalani kehidupan sbg suami isteri, semoga berbahagia selalu.
Untuk sesi outdoor akan saya update pada post seterusnya.
MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili






zara: cantiklah..pengantin baju hijau tu..nice..
Azam: macam maya karin kan baju ijau tu, hehe
mona: si baju ijau ni lawo pesen baju dier