Category Archives: Lain-lain
Hari Keluarga
Sambutan hari keluarga pada hari Ahad lepas.. Seronok bile kumpul ahli keluarga ramai2 & buat aktiviti sempena hari keluarga ni. macam2 ragam yg kita jumpe dan banyak jugalah gmbar yg saya dan abg saya ambil. boleh dikatakan terlalu banyak gambar yg nak dipilih dan diedit.. sakit mata dan pinggang duduk menghadap pc je. nasib baik gambar dari customer semua dah siap. Tak semua gmbar dpt saya paparkan disini atas sebab privacy dan keselamatan
enjoy!.
Selamat Hari Guru
Semalam saya dan Ayie sempat tangkap gambar utk adik2 dari Sekolah Men Keb Dato Menteri. Mereka ni dari kelas 5 Etika yg bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ni. Tak semua pelajar dpt join sesi fototografi ni sbb ada yg sibuk ke library, ada yg dah balik & ada pula yg sibuk dating agaknya
11 orang wakil dari kelas ni nak hadiahkan gambar mereka sempena hari guru pada 16 Mei tapi akan disambut pada 18 Mei 2009.
5 Etika 2009 adalah kelas adik2 ni semua, 5 Etika 1999 adalah kelas saya sepuluh tahun yg lepas. Kebetulan sama kelas kita kan adik2? Kemane la rakan2 kelas saya yg lama, semua dah xpernah jumpe. Cume Rohairi sorang je yg saya selalu jumpe, itupun dia bertugas kat Pahang. Banyak kenangan dalam kelas 5 Etika 1999, semuanya degil2. Harapkan pelajar perempuan je la yg rajin belajar. Tapi saya yakin pelajar 5 Etika 2009 adalah pelajar yg baik & rajin. Kita doakan mereka berjaya dlm SPM akhir tahun ni.
Kelas 5 Etika 2009 menggucapkan selamat hari guru kpd semua guru di Sek Men Dato Menteri, Ayer Hitam terutama guru kesayangan mereka Cikgu Zuraida dan guru kelas mereka Cikgu Syikin. Doakan mereka berjaya dlm SPM dan hari2 yg mendatang. Mereka juga pesan “JANGAN LUPAKAN KAMI”. Terima kasih kepada kelas 5 Etika yg mejayakan sesi photoshoot ini.
Baby Alauddin




Baby photoshoot. pertama kali shoot baby, memang tak reti nak layan karenah baby sebenarnya. Tapi layankan aje adik comel ni dengan keletah dia
Mama & grandma baby ni banyak membantu dlm photoshoot sebenarnya. Muhammad Zakwan Alauddin bin Shahril Azwan atau dgn panggilan Alauddin adalah nama yg diberikan kepada baby ini. Sedap nama ni, dah tentu mempunyai maksud tersendiri dalam pemilihan nama kan? Mama baby ni adalah rakan sekelas Ayie mase sekolah dulu, kami di undang utk sesi bergambar bersama baby sebelum keluarga melakukan majlis cukur jambul pada malam berikutnya. Bagaimanapun saya tak dapat hadir pd mlm kenduri tersebut. Semoga cepat besar adik Alauddin
33 Tip Asas Fotografi
Percuma! E-book asas fotografi percuma! 33 rahsia merakam gambar di dedahkan dalam e-book ini. Semua di kongsikan oleh saudara Noorizamsabran, layari laman blog http://noorizamsabran.com/ untuk mengetahui pelbagai tip yang berguna untuk kita pelajari bersama. Semuanya percuma.
Square One, Batu Pahat
Harini jalan-jalan di Square One, Batu Pahat. Shopping Complex ni baru je di buka bulan Disember lepas, terletak bersebelahan dengan pasaraya Carrefour. Masih banyak kedai yang belum beroperasi. Antara kedai yang sudah di buka ialah Perfume 21, Tekstil Nagoya, Scholl, U Toys & Gifts, Game Life dan Square One Cafe. Terdapat juga pasaraya Parkson dan Gulatis Silk House tetapi masih belum beroperasi.










