Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Wedding Photographer, Portaiture, Newborn, Babies, Children, Dungun | Terengganu  | Batu Pahat | Johor bio picture

Selamat datang ke blog saya

mohd azam | wedding photographer | from batu pahat, Johor but now @ Dungun, Terengganu.

Category Archives: Outing

Outing Kampung Segenting yg genting

Niat asal nak ambil gambar matahari terbenam tp orang kata malang tak berbau bile beg camera, speedlight dan peralatan camera lain kena kebas pencuri jahanam. Sebelum ni memang xpernah tinggal beg camera dlm kereta tapi haritu blh pulak tinggal kat bwh seat belakang. Cermin kereta Yana yg saya tumpang kena pecahkan, barang saya, Ayie dan Yana habis kena kebas. Jaket Ayie, tshirt Yana dan magazine kesayangan saya pun turut hilang.

cermin-pecah

Cermin kereta yg kena pecah.

Nasib saya baik sbb kamera saya pegang mase tu. Mungkin sebab keletihan, sikap cuai dan sambil lewa jadi pengajaran buat saya dan kawan2 lain. Nak makan punya pasal, kereta kena pecah, barang2 kena kebas. Lepas ni jangan la ambil sikap sambil lewa. Barang dah hilang tak blh nak buat apa. Terima kasih pada kawan2 yg bagi semangat & pertolongan. Alhamdullillah tuhan masih bagi rezeki yg tak putus2 pada saya. Tadi pun dah dpt bayaran deposit utk job bulan Jun. Tunggu masa utk cari speedlight baru. Yana & Ayie, im so sorry :(

Saya selitkan sedikit gambar mase outing di Kampung Segenting, Minyak Beku.

_dsc037f_dsc0343f_dsc0392-b_dsc0428b

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

View full post »

Gadis desa di sawah


payung-biruOuting lagi di sawah Sagil. Beberapa hari sebelum outing saya dan Ayie dan rancang nak ajak Erin, buat  photoshoot di sawah mengenakan baju kebaya. Erin kata setuju dan Ayie cari payung nyonya utk buat props mase photoshoot nanti di pekan Ayer Hitam.

Kami rancang nak buat hari Ahad, pukul 6.45 pagi Erin dah sms saya bertanya tentang photoshoot samada jadi atau tidak kerana guruh dan hujan dah mula turun. Hujan bertambah lebat, memang melemahkan semangat kami nk shooting. Ayie dah kate cancel sebab hujan, buat belah petang aje katenya. Saya cuba call Erin utk kate cancel tp xdpt call dia, call rumah pulak kate adik dia dah keluar. Dlm fikiran dpt agak si Erin dh gerak ke Ayer Hitam sebab tempat dia dah tak hujan. Erin memang excited nak join photoshoot ni, dia pun suka bergambar. Setengah jam lepas tu Erin call guna henfon akak angkat dia, si Fara. Katenya dah sampai Parit Raja suruh tunggu kt depan kampung Parit Sagil sebab tak tahu jalan. Mase tu saya masih di rumah sebab hujan masih turun. Terpaksa call Ayie suruh jemput dia ke Ayer Hitam dulu, ajak dorang sarapan sekejap sementara tunggu saya dan kawan2 lain sampai. Kate cancel td terpaksa di tarik balik sebab Erin dah keluar.

Hujan reda sikit saya terus keluar jumpe dorang di restoran mamak, AzharSaad dr Batu Pahat pun dah sampai. Hujan dah reda, kami terus ke sawah. Achmal si tunang Ayie pun ada, dia bawa adiknya Ain Nabila utk join same photoshoot ni. Ain mengenakan kebaya purple manakala Erin berkebaya biru. Yana dari Rengit pun turut same join photoshoot kalini. Erin dan Ain memang sporting walaupun xkenal 1 same lain. Terima kasih kpd akak Fara sukarela bagi sentuhan make up pada model ni. Nextime kami akan jemput lagi. Insya-Allah.

1a1erin-2aerin-3aern-ain-aain1-a

Gambar seterusnya akan menyusul  satu persatu :D

View full post »

Mini MeetUp Getok Ubi

meetup-gu-bfoto & editing by Areteams

Sempena Malaysian CubPrix pusingan kedua yg akan berlansung di kluang johor pada 18-19 april 2009, kawan2 dari Getok Ubi telah mengadakan GU.com mini meetup & outing pada hari ahad 19 april bertempat di trek cubprix tersebut. Ramai juga kawan2 dari Kulai, Pasir Gudang, JB, Klang, Rengit, Kluang dan Batu Pahat yang sudi turun memeriahkan suasana outing kali ni. Bukan saja dpt kenalan baru tp mereka semua tak lokek ilmu berkongsi pengalaman masing2. Lokasi pertama ke Malaysian Cubprix di Kluang, Johor kemudian ke sawah Sagil di Ayer Hitam.

motor-bBeberapa koleksi gambar yg di ambil ketika di litar cubprix.
[gallery columns="4"]


Koleksi gambar di sawah sagil dgn model sukarela yg di import dari Pasir Gudang :D

topeng-bzha-bmanusia-bertopengb

Terima kasih kpd kawan2 yg menjayakan program ini.

sepetang-di-sawah-b

View full post »

Gadis manis bernama Cake.

Farol salah seorang fotografer dr Ayer Hitam tapi bekerja dan menetap di Key El. Minggu lalu dia balik ke kampung bersama dgn seorang gadis yg bernama Kate tp ejaannya Cake? Dari Ayer Hitam kami ke bandar Batu Pahat utk ke Bank Standard Charted (cucuk duit), kemudian berpatah balik ke Kluang utk merasa roti bakar di sana. Saya, Ayie & Cake menaiki kereta Farol meneruskan perjalanan menuju ke Kluang. Dalam perjalanan pandangan kami terpukau melihat satu kawasan pinggir hutan yg dipenuhi bunga lalang putih. Kami singgah ke kawasan itu untuk merakamkan gambar cik Cake. Cake memang sporting, pandai mengayakan pose tanpa arahan dari siapa2. Walaupun cuaca dah petang tp langit cerah dan kebiruan. Banyak juga gambar yg kami ambil, bateri flash saya pun sampai low. Tak sedar hari dah dekat malam. Tiba2 satu bau harum menusuk hidung kami. Bila saya bertanyakkan tentang bau itu, Ayie pun menjelaskan kepada kami bau tu datang dari hutan. Memang keadaan semulajadi hutan bila waktu senja ada bau macam tu. Dahsyat gak ilmu Ayie ni. Kalau dgn orang lain mesti dah cakap bau tu petanda ada hantu. Kami teruskan perjalanan ke Kluang pula. Niat asal hendak ke Railway station tapi dah lewat, kami pun singgah di Railway Cofee kat tengah town Kluang. Sampai sane kami merasa roti bakar, me rebus dan me kari. Sedap jugak.b22Bunga lalang putihb122Tiup buih sabun.b24

b151

b32emm, emm?

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

View full post »

Sambutan Maulidurasul

Sambutan maulidurasul (SAW) 1430 bertempat di Masjid Jamek Kg Seri Mendapat, Batu Pahat, Johor. Penceramah yang hadir adalah Ustaz Tuan Hj Abu Bakar Bin Selamat dari Yayasan Warisan Johor. Turut hadir ialah Datuk Samsol Bari Jamali (ADUN Semarang), penghulu mukim 7 Yang Berbahagia Selamat Bin Hj. Mohamad serta ketua kampung, Yang Berbahagia Sa’adon Bin Ibrahim. Majlis dimulakan dgn doa dan bacaan ayat suci al-Quran dari 2 pelajar lelaki Sekolah Keb Seri Mendapat manakala persembahan nasyid dari pelajar perempuan sekolah yg sama. Kemuncak acara adalah ceramah dari Ustaz Tuan Hj Abu Bakar iaitu Pegawai Pengembangan Kesenian Islam dari Yayasan Warisan Johor.

40

Ust Tn Hj Abu Bakar, Penceramah yg hadir

111
Tetamu yg hadir.

8

Persembahan nasyid.

12

525529

Pak Ajis menceritakan pengalamannya memukul ‘dauh’.3

Ahli rewang yang rajin2 belaka :D

Sempat juga saya menyibuk dlm majlis ni. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Dari petang sehari sebelum majlis berlangsung, penduduk kampung telah bergotong-royong menyembelih seekor lembu dan menyiapkan persiapan lain. Pada awal pagi lagi qariah masjid bekerjasama memasak untuk jamuan para tetamu yg hadir. Majlis selesai dgn jayanya. Alhamdullillah.

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

View full post »

Kelas Fotografi Kebajikan Untuk Tabung Gaza

Alhamdullillah selesai sudah kelas kebajikan utk tabung Gaza. Tujuan kelas ini diadakan adalah utk kami semua lebih memahami teknik fotografi sambil menderma utk tabung Gaza. Seramai 13 orang fotografer (tidak termasuk tuan rumah & tamu yg lain) telah datang ke sesi pembelajaran sambil menderma yg telah di anjurkan oleh Ayerhitam.com. Bermula jam 3ptg di Kampung Parit Kassan, Ayer Hitam di susuli ke Sawah Sagil, Ayer Hitam, berehat di sebentar di R&R Parit Khamid dan pergi ke Kluang selepas jam 9 mlm. Kali ini saudara Shazli menjadi tutor kami dlm kelas asas fotografi membincangkan beberapa teknik mengambil gambar, antaranya gambar potret dan teknik menggunakan studio ligthting. Semua perkakasan di bawa oleh saudara Shazli sendiri dari Klang, Selangor. Banyak tip berguna didedahkan kpd kami sepanjang kelas ini. Kehadiran krew andaman, Abdullah dari Waris Berandam & seorang model memantapkan lagi sesi pembelajaran kami. Sehingga jam 12mlm sebanyak RM220 telah berjaya dikumpulkan. Terima kasih kpd semua yg sudi hadir dan menderma. Jasa kalian tetap kami hargai.sebalik tabirTeknik mengambil gambar menggunakan pencahayaan studiomiraMira sebagai model dr Waris Berandammira 3Pembelajaran di sawahmr tutorSaudara Shazli sedang merakam gambar sambil memberi tip kpd kami.hasil kutipanHasil kutipan tabung

View full post »

Padang Ragut


Plan asal kami hendak ke Kluang utk outdoor photoshoot tetapi terbantut di sebabkn hujan lebat di sana. Singgah di padang ragut, Felda Ayer Hitam bertemu dgn Eshazli, FArol, Wakpan, Ayie & Acmal. Eshazli dan family datang dr Klang, Selangor atas urusannya dgn Ayie sempat meluangkan masa bersama kami di padang ragut ini. Kawasan berbukit dan lapang dgn rumput hijau utk makanan lembu ni mmg lokasi yg sering kami lawati. Walaupun langit tidak secerah hari sebelumnya tp semangat utk menangkap gambar di sini tetap membara apatah lagi melihat telatah Si Min, anak kpd Shazli yg mcm xkenal erti penat. Tak lama di sini kerana hujan mula turun dan kami semua bertolak ke pekan Ayer Hitam pula utk persediaan hari esok.kereta MinAyie & AchmalFarol & adik MinAyer Hitam photogFArol

View full post »

Belajar asas ”off camera light” (strobist)


sawah-6

sawah-2

sawah-1

kami

Alhamdullillah jadi juga tutorial kitorang di sawah padi (sawah padi Parit Sagil). Walaupun cuaca mendung tapi semua xjadi penghalang.  Thanks to my bro http://ijamp.com/ kerana sudi berkongsi ilmu dgn kami semua. Kami dapat pelajari teknik-teknik asas mengenai strobist dan juga perkara asas lain. Semua yang hadir beri kerjasama yang baik. Ayie, Achmal, Faiz, Yana & Zack antara yang hadir pada hari tersebut. Insya-Allah ada peluang kami akan bersama lagi berkongsi ilmu yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

View full post »