Archive for July, 2009

Karnival Orang Muda 2009

July 23, 2009

Aha, lambat aku update pasal Karnival Rakan Muda Batu Pahat ni. Azhar, thanks invite kitorang menyibuk dlm majlis orang2 muda ni. Banyak gak program dorang buat, ada kempen derma darah, pameran kereta/ motor, sukan, kursus asas menunggang kuda, persembahan kebudayaan dll… Majlis ni berlangsung pd hari Sabtu & Ahad lepas dan dirasmikan oleh Pn Wasitah bte Hj. Mohd Yusoff.

Tahniah kpd semua pemenang yg bertanding dlm setiap kategori  yg telah dianjurkan. Terima kasih kepada geng Rakan Muda Batu Pahat dan juga tenaga pengajar bengkel asas fotografi.

b7stage 1stage blog_DSC0689

Kelas Potret di Bendang

July 16, 2009


blog-1

Kebetulan terserempak dgn geng abg Yon semasa amik gambar pre wedding Hashim & Zarina dekat sawah tempoh hari. Ramai gak yg join kelas potret & pre wedding tu rupenya. Yang aku kenal abg Rahmat Ali, abg Din (artcreative), abg Yus, Farhan & geng2 dr Maktab BP. Walaupun dtg dari jauh tapi dorang dah sampai sejak awal pagi, lbih awal dr aku dtg :) Memang ontime dorang ni. Masa aku sampai, aku tengok dorang dah start buat pre wedding kt tengah sawah. Tapi tak berkesempatan nk join dorang sebelah pagi sbb aku pun ada photoshoot gak.

Tengahari 2 abg Yon call ajak join same kelas dia tapi aku dh gerak ke Kluang utk photoshoot kt sana. Sebelah ptg baru aku dpt jenguk2 dorang kt sawah. Dapat juga la shoot model guna phottix & lens 70-200mm yg abg Yon pinjamkan. Dlm ni aku selitkan beberapa gambar Fyra (model) dan behind the scene. Terima kasih kepada mereka atas tunjuk ajar dan nasihat.

DSC_0272

DSC_0280

DSC_0335

DSC_0295 blog a

Pre Wedding

July 13, 2009

bangku mukhsin

Pagi2 lg dh ke pekan Ayer Hitam nk cari payung utk buat props pre wedding si Hashim & Zarina. Awal juga kedai2 kraf kt Ayer Hitam ni buka rupenya. Tapi puas pusing2 xjumpa pulak payung & props yg sesuai. Adepun kipas tangan je.. Apek & nyonya kt kedai2 tu ckp payung takde jual, pedang samurai mau ka? doplo linggit saje. Takkan dah pakai baju kurung & melayu nak gune pedang samurai lak kan.  Dalam hati xpela, pinjam Ayie aje, tp Ayie ke Melaka pulak.. xpe lokasi pun dekat sawah, lalu je rumah dia nanti. Dlm perjalanan ke sawah singgah sekejap, mintak kat mak dia je mcm yg dia dh pesan sebelum ni. Penat bagi salam tp xde pulak org menyahut, hehe.. Jawapannya xde la payung.
Sampai sawah tengok sebahagian padi dh mula kena potong, alamak… Nasib baik la ada sebahagian lg yg tinggal, lega rasenya. Tak jauh kat depan aku nampak banyak kereta parking kt tepi jalan, semuanya ke sawah. Sape dorang? Ape dorang buat? Ohh… Abg Yon, abg Din, Abg Rahmat dgn kawan2 lain ada photoshoot jugak. Aku nak panggil tp nampak dorang dah kat tengah sawah, jauh sangat.. tengok dr jauh jela. Lgpun takut mengganggu dorang je, aku pun ada kerja nk siapkan. Lepas shoot pre wedding, baru aku kacau dorang :)

DSC_0361

DSC_0365

DSC_0422

Selesai shoot kat sawah gerak Kluang pulak, nak cari lokasi kedua ke jln Mersing. Kononnya nak cari ladang teh, tapi ladang teh dah xde, yg ada ladang sawit je. Semua teh dah habis dibuat teh tarik agaknya. Kebetulan nampak padang ragut dr tepi jalan tp xde jalan masuk pulak, singgah sekejap ambik gambar dr luar pagar je yg ada batu2 besar. Patah balik ke Kluang dan singgah di Jalan Kebun Teh. (ladang teh xde, singgah jln kebun teh jela) Nak ke railway tp masing2 dah letih, jadi  setakat ni jela aku shot dorang lgpun memory card dh penuh. Selesai la photoshoot pre wedding Hashim dan Zarena, 08 08 09 mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan di Yong Peng. Semoga semuanya berjalan dgn lancar.

DSC_0476

DSC_0241 blog

Dari sawah padi ke Tasik Semberong. Sporting betul pengantin ni, mcm2 idea keluar dari mereka berdua. Tapi cuaca tak berapa mengizinkan dr awal pagi lagi. Lbh kurang jam 1 tengahari photoshoot terpaksa dihentikan sebab hujan mula turun. Tapi memang enjoy tangkap gmbar dorang ni. Thanks Ayie ajak tag same dgn Faiz & Mahathir

DSC_0374 blog

DSC_0450 blog

DSC_0390 blog

DSC_0489 blog

DSC_0255 blog

Merah Jambu di sawah

July 5, 2009

Tahniah Nina & Saiful yg melangsungkan majlis perkahwinan di Parit Baru, Parit Raja.. Selamat melayari bahtera rumahtangga :)

DSC_0035 blog

DSC_0052 blog copy

DSC_0069 blog

DSC_0429 blog

DSC_0470 blog