Sambutan hari keluarga pada hari Ahad lepas.. Seronok bile kumpul ahli keluarga ramai2 & buat aktiviti sempena hari keluarga ni. macam2 ragam yg kita jumpe dan banyak jugalah gmbar yg saya dan abg saya ambil. boleh dikatakan terlalu banyak gambar yg nak dipilih dan diedit.. sakit mata dan pinggang duduk menghadap pc je. nasib baik gambar dari customer semua dah siap. Tak semua gmbar dpt saya paparkan disini atas sebab privacy dan keselamatan
enjoy!.
Monthly Archives: May 2009
Hari Keluarga
Selamat Hari Guru
Semalam saya dan Ayie sempat tangkap gambar utk adik2 dari Sekolah Men Keb Dato Menteri. Mereka ni dari kelas 5 Etika yg bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ni. Tak semua pelajar dpt join sesi fototografi ni sbb ada yg sibuk ke library, ada yg dah balik & ada pula yg sibuk dating agaknya
11 orang wakil dari kelas ni nak hadiahkan gambar mereka sempena hari guru pada 16 Mei tapi akan disambut pada 18 Mei 2009.
5 Etika 2009 adalah kelas adik2 ni semua, 5 Etika 1999 adalah kelas saya sepuluh tahun yg lepas. Kebetulan sama kelas kita kan adik2? Kemane la rakan2 kelas saya yg lama, semua dah xpernah jumpe. Cume Rohairi sorang je yg saya selalu jumpe, itupun dia bertugas kat Pahang. Banyak kenangan dalam kelas 5 Etika 1999, semuanya degil2. Harapkan pelajar perempuan je la yg rajin belajar. Tapi saya yakin pelajar 5 Etika 2009 adalah pelajar yg baik & rajin. Kita doakan mereka berjaya dlm SPM akhir tahun ni.
Kelas 5 Etika 2009 menggucapkan selamat hari guru kpd semua guru di Sek Men Dato Menteri, Ayer Hitam terutama guru kesayangan mereka Cikgu Zuraida dan guru kelas mereka Cikgu Syikin. Doakan mereka berjaya dlm SPM dan hari2 yg mendatang. Mereka juga pesan “JANGAN LUPAKAN KAMI”. Terima kasih kepada kelas 5 Etika yg mejayakan sesi photoshoot ini.
Muz & Zaza
Tahniah utk mereka berdua yg telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 2 Mei 2009 di Kahang, Johor. Saya tidak berkesempatan ke majlis mereka kerana mehadiri majlis perkahwinan Zaman & Nani di Parit Lapis Kadir. Mereka memilih lokasi utk sesi outdoor di Ayer Hitam, Alhamdullillah sempat saya tangkap gambar mereka bersama Ayie dan Fariz.
MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili
Pernikahan Nani & Zaman
Lokasi kali ini di Kampung Parit Lapis Kadir. Kira2 jam 8.10 malam saya sampai ke rumah Nani, nasib baik sempat tangkap gambar dia bersolek. Majlis di janjikan selepas solat Isyak. Nak cari rumah Nani pun senang je. Saya kenal Nani melalui Zairul, sedara Zairul jugak la ni. Pengantin lelaki dari Kampung Pt Kasih, Senggarang tp tak la jauh mane kampung mereka berdua ni. Sempoi je majlis nikah dorang ni. Hantaran pun 5 berbalas 3, tak payah nak pening2 kepala pikir hantaran banyak2. Dengan sekali akad je dorang sah bergelar suami isteri. Tahniah.
MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili
Outing Kampung Segenting yg genting
Niat asal nak ambil gambar matahari terbenam tp orang kata malang tak berbau bile beg camera, speedlight dan peralatan camera lain kena kebas pencuri jahanam. Sebelum ni memang xpernah tinggal beg camera dlm kereta tapi haritu blh pulak tinggal kat bwh seat belakang. Cermin kereta Yana yg saya tumpang kena pecahkan, barang saya, Ayie dan Yana habis kena kebas. Jaket Ayie, tshirt Yana dan magazine kesayangan saya pun turut hilang.
Cermin kereta yg kena pecah.
Nasib saya baik sbb kamera saya pegang mase tu. Mungkin sebab keletihan, sikap cuai dan sambil lewa jadi pengajaran buat saya dan kawan2 lain. Nak makan punya pasal, kereta kena pecah, barang2 kena kebas. Lepas ni jangan la ambil sikap sambil lewa. Barang dah hilang tak blh nak buat apa. Terima kasih pada kawan2 yg bagi semangat & pertolongan. Alhamdullillah tuhan masih bagi rezeki yg tak putus2 pada saya. Tadi pun dah dpt bayaran deposit utk job bulan Jun. Tunggu masa utk cari speedlight baru. Yana & Ayie, im so sorry
Saya selitkan sedikit gambar mase outing di Kampung Segenting, Minyak Beku.
MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili




















