Gadis desa di sawah
April 27, 2009
Outing lagi di sawah Sagil. Beberapa hari sebelum outing saya dan Ayie dan rancang nak ajak Erin, buat photoshoot di sawah mengenakan baju kebaya. Erin kata setuju dan Ayie cari payung nyonya utk buat props mase photoshoot nanti di pekan Ayer Hitam.
Kami rancang nak buat hari Ahad, pukul 6.45 pagi Erin dah sms saya bertanya tentang photoshoot samada jadi atau tidak kerana guruh dan hujan dah mula turun. Hujan bertambah lebat, memang melemahkan semangat kami nk shooting. Ayie dah kate cancel sebab hujan, buat belah petang aje katenya. Saya cuba call Erin utk kate cancel tp xdpt call dia, call rumah pulak kate adik dia dah keluar. Dlm fikiran dpt agak si Erin dh gerak ke Ayer Hitam sebab tempat dia dah tak hujan. Erin memang excited nak join photoshoot ni, dia pun suka bergambar. Setengah jam lepas tu Erin call guna henfon akak angkat dia, si Fara. Katenya dah sampai Parit Raja suruh tunggu kt depan kampung Parit Sagil sebab tak tahu jalan. Mase tu saya masih di rumah sebab hujan masih turun. Terpaksa call Ayie suruh jemput dia ke Ayer Hitam dulu, ajak dorang sarapan sekejap sementara tunggu saya dan kawan2 lain sampai. Kate cancel td terpaksa di tarik balik sebab Erin dah keluar.
Hujan reda sikit saya terus keluar jumpe dorang di restoran mamak, AzharSaad dr Batu Pahat pun dah sampai. Hujan dah reda, kami terus ke sawah. Achmal si tunang Ayie pun ada, dia bawa adiknya Ain Nabila utk join same photoshoot ni. Ain mengenakan kebaya purple manakala Erin berkebaya biru. Yana dari Rengit pun turut same join photoshoot kalini. Erin dan Ain memang sporting walaupun xkenal 1 same lain. Terima kasih kpd akak Fara sukarela bagi sentuhan make up pada model ni. Nextime kami akan jemput lagi. Insya-Allah.
Gambar seterusnya akan menyusul satu persatu






Beberapa koleksi gambar yg di ambil ketika di litar cubprix.




























Sementara menunggu waktu bersanding kami membahagikan tugas, saya dan Wakpan mengambil gambar dekorasi luar dan suasana majlis manakala Faiz dan Ayie mengambil gambar pengantin sedang bersolek di bilik pengantin. Selesai sesi pertama, kami menjamu selera dengan masakkan hasil dari gotong royong masyarakat Felda Linggiu yang rajin-rajin belaka.


Oleh sebab 2 pasang pengantin, perarakkan dilalukan dua kali juga. Dimulakan dgn Halmi kemudian barulah pasangan Naizi dan Ana. Walaupun hujan gerimis ketika berarak tp tidak menganggu majlis persandingan. Setelah berbincang dgn pengantin kami memilih Bandar Tengara sbg lokasi outdoor kali ini. Untuk sesi outdoor kami di temani saudara Hud iaitu sepupu kepada pengantin untuk menjayakan lagi penggambaran yg disaksikan penduduk dr taman perumahan berdekatan. Rasanya satu lorong tmn perumahan tu jd penonton yg melihat aksi kami menangkap gambar. Jam 9mlm barulah saya tiba di rumah. Badan agak letih, internet pula buat hal, maka terlewatlah blog ni di kemaskini.
Naizi dan Ana bersama pengapit mereka.






