Archive for March, 2009

Dr. Reza & Hana episod 2

March 29, 2009

Setelah berehat kami mulakan shooting utk sesi petang pada jam 3ptg di Mc Donald bersebelahan Carrefour sambil makan2.  Kemudian bergerak ke tengah bandar untuk street shoot. Walaupun hujan mula turun dlm perjalanan kami ke sana, kami tak patah semangat untuk teruskan photoshoot. Kami singgah di sebuah banglo tinggal (org kata berhantu?) di tengah bandar sementara menunggu hujan berhenti. Hanya saya, Azhar dan Ayie yg tinggal sebelum Fuad datang memeriahkan sesi photoshoot.

b52
Setelah makan di Mc Db91b19

Rumah banglo tinggal.b231

Selesai di banglo kami bergerak ke Pejabat Pos Batu Pahat, salah satu bangunan lama yg masih digunakan sbg pejabat pos. Street shoot sekitar bandar dan bangunan lama memang lain dari yg lain. Semua yg lalu lalang memerhatikan gelagat kami dan pengantin yg ala2 nk buat drama tv.

b20b211

Bateri kamera saya pun dah habis, Azhar pula ada shooting di tempat lain pula. Lebih kurang pukul 5 ptg barulah kami selesai buat drama sebelum bergerak ke pejabat Azhar utk sesi ’save & copy memory card’. Memang seronok bekerja dgn pengantin sporting ni, xperlu nak arahkan apa2 mereka dah pandai posing sendiri. Tak sangka dlm sibuk dgn kerjaya, mereka ni pandai beraksi depan kamera. Terima kasih pada Dr. Reza & Hana, good luck utk Hana yg akan menghadapi exam dlm masa terdekat ni. Terima kasih juga pada Azhar yg mengimport kami menjadi orang dibelakang kamera. Mantap Man!

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Dr. Reza & Hana episod 1

March 28, 2009

http://blog.mohdrazali.com/dr-reza-misi-ana/

Click to continue reading “Dr. Reza & Hana episod 1″

Gadis manis bernama Cake.

March 24, 2009

Farol salah seorang fotografer dr Ayer Hitam tapi bekerja dan menetap di Key El. Minggu lalu dia balik ke kampung bersama dgn seorang gadis yg bernama Kate tp ejaannya Cake? Dari Ayer Hitam kami ke bandar Batu Pahat utk ke Bank Standard Charted (cucuk duit), kemudian berpatah balik ke Kluang utk merasa roti bakar di sana. Saya, Ayie & Cake menaiki kereta Farol meneruskan perjalanan menuju ke Kluang. Dalam perjalanan pandangan kami terpukau melihat satu kawasan pinggir hutan yg dipenuhi bunga lalang putih. Kami singgah ke kawasan itu untuk merakamkan gambar cik Cake. Cake memang sporting, pandai mengayakan pose tanpa arahan dari siapa2. Walaupun cuaca dah petang tp langit cerah dan kebiruan. Banyak juga gambar yg kami ambil, bateri flash saya pun sampai low. Tak sedar hari dah dekat malam. Tiba2 satu bau harum menusuk hidung kami. Bila saya bertanyakkan tentang bau itu, Ayie pun menjelaskan kepada kami bau tu datang dari hutan. Memang keadaan semulajadi hutan bila waktu senja ada bau macam tu. Dahsyat gak ilmu Ayie ni. Kalau dgn orang lain mesti dah cakap bau tu petanda ada hantu. Kami teruskan perjalanan ke Kluang pula. Niat asal hendak ke Railway station tapi dah lewat, kami pun singgah di Railway Cofee kat tengah town Kluang. Sampai sane kami merasa roti bakar, me rebus dan me kari. Sedap jugak.b22Bunga lalang putihb122Tiup buih sabun.b24

b151

b32emm, emm?

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Sambutan Maulidurasul

March 21, 2009

Sambutan maulidurasul (SAW) 1430 bertempat di Masjid Jamek Kg Seri Mendapat, Batu Pahat, Johor. Penceramah yang hadir adalah Ustaz Tuan Hj Abu Bakar Bin Selamat dari Yayasan Warisan Johor. Turut hadir ialah Datuk Samsol Bari Jamali (ADUN Semarang), penghulu mukim 7 Yang Berbahagia Selamat Bin Hj. Mohamad serta ketua kampung, Yang Berbahagia Sa’adon Bin Ibrahim. Majlis dimulakan dgn doa dan bacaan ayat suci al-Quran dari 2 pelajar lelaki Sekolah Keb Seri Mendapat manakala persembahan nasyid dari pelajar perempuan sekolah yg sama. Kemuncak acara adalah ceramah dari Ustaz Tuan Hj Abu Bakar iaitu Pegawai Pengembangan Kesenian Islam dari Yayasan Warisan Johor.

40

Ust Tn Hj Abu Bakar, Penceramah yg hadir

111
Tetamu yg hadir.

8

Persembahan nasyid.

12

525529

Pak Ajis menceritakan pengalamannya memukul ‘dauh’.3

Ahli rewang yang rajin2 belaka :D

Sempat juga saya menyibuk dlm majlis ni. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan selesai lebih kurang jam 12 tengahari. Dari petang sehari sebelum majlis berlangsung, penduduk kampung telah bergotong-royong menyembelih seekor lembu dan menyiapkan persiapan lain. Pada awal pagi lagi qariah masjid bekerjasama memasak untuk jamuan para tetamu yg hadir. Majlis selesai dgn jayanya. Alhamdullillah.

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Kadir & Norlah

March 18, 2009

Sedikit terlewat untuk meng’upload’ gambar pengantin ni. Sehari selepas pernikahan mereka, Saya, Rohairi, Faiz & Ayie di tugaskan utk mengambil gambar2 mereka di Tasik Macap, berhampiran dgn Simpang Renggam. Tasik sini cantik ada jeti dan tebing macam pantai, tapi kena hati2 sebab ada lubang kat jeti tu. Ada kayu yg dah reput dan tak perasan. Nasib kurang baik baut Ayie kerana terjatuh bersama-sama dgn cameranya. Kesian dia, berapa hari sebelum tu speed light dia patah masa shooting kat gelangang futsal dan kali ni lens dia pulak patah sebab terhempas atas jeti tu. Tempat tu cantik tapi macam xde yang menjaga kawasan tasik tu. Sabarlah Ayie, lubang tu jarak sekaki je dari aku mase tu. Kalau kau xjatuh, aku yang jatuh. Tapi sesi photoshoot tetap kami teruskan sehingga habis keringat :D Terima kasih penagantin kerana belanja kami cendol, hehe.b14b41

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Izhwan & Aida

March 15, 2009

b11s37s36s20s39Selamat pengantin baru & tahniah buat Izhwan dan Aida. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kepada Ayie & Faiz yg sudi datang dan memeriahkan lagi majlis ini. Letih sekali malam ni, rasa tak larat nak menulis dah. Apepun pengantin memang best dan sporting :) Korang memang best.

MOHD AZAM SABRAN
Apple Mint Photographer
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Firdhaus & Mas Ayu

March 2, 2009

Mulanya kenal Ayu ni tengok dlm gambar Ayie je. Gambar tu mase Ayie shot pertandingan futsal kt Kluang. Manis & ramping je orangnya bile dah berdepan :) . Bile sampai seru si Ayu nak bertunang, Pak Lah jemput kami utk photoshoot majlis pertunangan Ayu. Apa lagi, tugas dah di beri, Saya, Ayie & Achmal menerjah ke Tmn Saujana, Kluang utk ke rumah Ayu. Memang tak tahu no rumah pun tapi kami redah buat2 macam tau rumah. Cube call Pak Lah utk dapatkan alamat lengkap tp xdpt pulak. Akhirnya jumpe kereta Pak Lah dgn assistant dia. Nasib baik kami tak terlewat sampai. Ayu mengenakan pakaian berwarna oren dan masih di mekapkan oleh Pak Lah ketika kami sampai. Tak lame selepas tu rombongan Firdhaus dr Melaka pun sampai. Majlis dimulakan dgn perbincangan antara keluarga lelaki dan perempuan diikuti dgn penyarungan cincin oleh ibu Firdhaus kpd Mas Ayu. Majlis berjalan dgn meriah diiringi gelak ketawa dr kaum keluarga. Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke jingjang pelamin.b7b4b2b1b3b5

MOHD AZAM SABRAN
Wedding Photographer
Focus Media Technology
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili