Archive for January, 2009

Alhamdullillah selesai sudah kelas kebajikan utk tabung Gaza. Tujuan kelas ini diadakan adalah utk kami semua lebih memahami teknik fotografi sambil menderma utk tabung Gaza. Seramai 13 orang fotografer (tidak termasuk tuan rumah & tamu yg lain) telah datang ke sesi pembelajaran sambil menderma yg telah di anjurkan oleh Ayerhitam.com. Bermula jam 3ptg di Kampung Parit Kassan, Ayer Hitam di susuli ke Sawah Sagil, Ayer Hitam, berehat di sebentar di R&R Parit Khamid dan pergi ke Kluang selepas jam 9 mlm. Kali ini saudara Shazli menjadi tutor kami dlm kelas asas fotografi membincangkan beberapa teknik mengambil gambar, antaranya gambar potret dan teknik menggunakan studio ligthting. Semua perkakasan di bawa oleh saudara Shazli sendiri dari Klang, Selangor. Banyak tip berguna didedahkan kpd kami sepanjang kelas ini. Kehadiran krew andaman, Abdullah dari Waris Berandam & seorang model memantapkan lagi sesi pembelajaran kami. Sehingga jam 12mlm sebanyak RM220 telah berjaya dikumpulkan. Terima kasih kpd semua yg sudi hadir dan menderma. Jasa kalian tetap kami hargai.sebalik tabirTeknik mengambil gambar menggunakan pencahayaan studiomiraMira sebagai model dr Waris Berandammira 3Pembelajaran di sawahmr tutorSaudara Shazli sedang merakam gambar sambil memberi tip kpd kami.hasil kutipanHasil kutipan tabung

Padang Ragut

January 27, 2009


Plan asal kami hendak ke Kluang utk outdoor photoshoot tetapi terbantut di sebabkn hujan lebat di sana. Singgah di padang ragut, Felda Ayer Hitam bertemu dgn Eshazli, FArol, Wakpan, Ayie & Acmal. Eshazli dan family datang dr Klang, Selangor atas urusannya dgn Ayie sempat meluangkan masa bersama kami di padang ragut ini. Kawasan berbukit dan lapang dgn rumput hijau utk makanan lembu ni mmg lokasi yg sering kami lawati. Walaupun langit tidak secerah hari sebelumnya tp semangat utk menangkap gambar di sini tetap membara apatah lagi melihat telatah Si Min, anak kpd Shazli yg mcm xkenal erti penat. Tak lama di sini kerana hujan mula turun dan kami semua bertolak ke pekan Ayer Hitam pula utk persediaan hari esok.kereta MinAyie & AchmalFarol & adik MinAyer Hitam photogFArol

Mazlan & Hairen

January 25, 2009

Tahniah buat pasangan pengantin Mazlan & Hairen yg selamat diijabkabulkan pd 23 Jan 2009. Majlis akad nikah berlangsung di Pej Agama Daerah Kluang pd jam 3.30 ptg. Berakhir majlis akad nikah semua tetamu yg hadir di jemput dtg ke rumah di Kg Melayu Niyor, Kluang. Lokasi utk ‘outdoor’ kali ini di railway KTMB Kluang. Saya dan Ayie sangat teruja bila di ajak ke lokasi outdoor. Enjoy!

1

5

2

4

MOHD AZAM SABRAN
Wedding Photographer
Focus Media Technology
Tel : 0127586844
Email : azam@focusmedia.my
YM : redcili

Square One, Batu Pahat

January 8, 2009

Harini jalan-jalan di Square One, Batu Pahat. Shopping Complex ni baru je di buka bulan Disember lepas, terletak bersebelahan dengan pasaraya Carrefour. Masih banyak kedai yang belum beroperasi. Antara kedai yang sudah di buka ialah Perfume 21, Tekstil Nagoya, Scholl, U Toys & Gifts, Game Life  dan Square One Cafe. Terdapat juga pasaraya Parkson dan Gulatis Silk House tetapi masih belum beroperasi.

square one


sawah-6

sawah-2

sawah-1

kami

Alhamdullillah jadi juga tutorial kitorang di sawah padi (sawah padi Parit Sagil). Walaupun cuaca mendung tapi semua xjadi penghalang.  Thanks to my bro http://ijamp.com/ kerana sudi berkongsi ilmu dgn kami semua. Kami dapat pelajari teknik-teknik asas mengenai strobist dan juga perkara asas lain. Semua yang hadir beri kerjasama yang baik. Ayie, Achmal, Faiz, Yana & Zack antara yang hadir pada hari tersebut. Insya-Allah ada peluang kami akan bersama lagi berkongsi ilmu yang ada.